Cara Elak Serangan Hacker Di Facebook



Heboh rakan2 Facebook aku melenting lepas
tau facebook dia dah kena hack. .
Sbnrnya kes nie bukan baru lagi genk. . . .  .
Laman web Malaysia pun kena hack juga 
apalagi Pesbuk yg hari2 kite dok tatap tue , kan????
tapi betul ker Facebook nie ada hackers a.k.a penggodam??
hehe. .aku pun tak tahu sangat. .

Hihi. . . .dah tugas si hacker nie menceroboh Facebook orang. .
takkan dia nak potong rumput sebab tu bukannya keje 
dia kan. .so,kita sendiri kena beringat laa beb. .
Pokok pangkalnya ,pandai2 la protect account kita tue. . 
Blog juga ada kena hack. . . aduhai. .bahaya kan??
So,u all kena la berjaga. .kalau tak nanti merana la badan 
lepas tau acc blog atau FB u all tak dapat buka. .
kan menangis . .huhuhuhu. . .




1. Yang paling penting , Sembunyikan Emel kita dlm Facebook tu. .kasi private jer. .nak buat pa tunjuk2 kan?? Orang len pun ada. .hehe. .tak tahu mcmana cara? Alaaa. .korang godek2 aa settings kat Facebook tu. .set je emel tu jadik "Only Me".. Maknanya hanya korang jer boleh view emel tu k?? Kalau dah gatal sangat nak tunjuk emel tuh,buatlah emel palsu..agaga! bubuh jer pape kat sana. .hikhik. Tapi sekiranya emel yg korang paparkan kat blog tu bukan emel yang digunakan untuk login Facebook korang , takpe. .tak jadi masalah =)

2. Jangan Memandai Nak Bagi Password Korang kepada kawan , boypren , girlpren korang ek??? Even kawan rapat . Aha ! Hari nie memang la berkawan baik tapi mana tau kot-lot tetibe esok bermusuh !! Kepada yang berkapel tu biasa la bila saling bertukar password masing-masing. .Kalau nak bagi jugak. .lepas putus tu terus je tukar password & apa2 yg penting berkaitan password. Kalau boleh jgn bagi dia akses apa-apa lagi tau. .heeeee. .XP

3. Err...kalau boleh la kan... Ubah Password U All At Least Sebulan Sekali. . Tapi yang nie aku liat sikit nak buat sebenarnya . .ehehe. .tapi langkah nie penting bagi memastikan orang lain susah nak dapatkan password dan hack FB korang yer?? Maybe ada penggodam yang memang sudah memasuki akaun korang. .so bagi mengelakkan 'beliau' login lagi,kena tukar selalulah. Terpulang pada korang sebenarnya. .but make sure anda sendiri boleh ingat laa ahaha. . . .! Nanti tak pepasal pi cari bomoh. .hihi. . Make sure bila korang tukar ,pastikan ia adalah STRONG okeyh??

4. Korang Jangan laa Mudah Sangat Terpedaya ngan Link yg Ajar Kita Cara2 Nak Hack Facebook Orang atau yg suruh korang download software utk hack tue. .puuiii ! Apa ke bende?? Korang dah tertipu tu kawan. . .nie laa taktik diorang nak dapatkan password korang. .haha. .Ingatkan nak hack FB orang ,tau-tau rupanya korang yg kena hack dulu..padan muka tue. Lagi satu , jangan memandai jer klik iklan2 kat internet tu etc : Cara-cara Buat Duit dan sebagainya sebab iklan2 camni la yg menyebabkan si penggodam ni mudah menyeludup masuk ke Facebook korang tanpa disedari. . . .

5. Kalau korang buka Facebook dari komputer lain spt Cyber Cafe atau guna PC kawan , make sure Jangan Sesekali "Save Password" Korang kat situ. .kalau ada kuar box yg tanya nak save password atau tak , klik jer "No" ye ! Paling penting , lepas on9 tu jangan lupa "Log Out" sebab kalau tak, orang lain yg seterusnya mgunakan komputer yg sama masih dapat "Login" Facebook korang. Paling selamat , jgn jadikan PC sbg 'setiausaha' korang a.k.a penyimpan password  la k. .

6. Ni tak wajib tapi menjadi salah satu faktor kecil hacker ni..--> Jangan Approve Friend Request Dari Orang yg Tidak Dikenali Di Facebook . kalau ikutkan , semua yang add kita kat Facebook mmg laa kite tak kenal kan?? ye la. .Facebook kan medan perkenalan. .hehe. .tapi maksud aku lain. .camni , jangan approve anonymous yang guna pic kartun dan lembaga jin setan yg entah apa2 tue. .kalau orang tu kawan kita , korang leh la juga approve. .tapi hati-hati jer & kalau perlu la. .korang view dulu satu persatu profil org yg add tu dulu. .biarpun memakan masa , tapi penting tau? View photos & info mreka dan berhati2 kalau kat FB dia ada banyak link-link tentang hackers , iklan-iklan yg entah pape dan sebagainya. . (hati2 juga dgn FAKERS!)

7. Yang ni aku nak ingatkan lagi. .penting sangat terutama buat korang yg selalu on9 kat CC tu. .be aware k. .Jangan Lupa "Log Out" Dulu Baru Chow. . .Maybe korang dah biasa ngan PC kat rumah yg korang leh sesuke ati jer nak offline tanpa sesibuk nak  "Log Out". .

8. Korang juga harus Pastikan Password Facebook Korang tu "Strong". .korang faham tak yang ni?? Ala. .kan bila korang atur password tu ada tanda2 kat tepi dia yg bagi signal password tu sama ada weak , medium @ strong. .korang kena buat password tu sampai dia jadi strong tau?? Korang buat panjang-pamjang pun tak guna. .haha. .sebab kekuatan password tu actually bukan terletak pada kepanjangan password. .hah! Camna tu yer. . .ehehe. .camni la syg. .
  • Gabungkan nombor+perkataan+karakter. .karakter camne tu Tracy??. .Ala,simbol camni : &*%^#@. .utk buat simbol ni korang perlu tekan "SHIFT"+ mana2 nombor di keyboard
  • Cukup hanya satu hingga tiga simbol jer yg korang leh guna. .nak bebanyak pun boleh tapi kalau banyak2 nanti khuatir korang sendiri lupa pulak kan? haha. .yang penting,tak mudah orang lain nak teka. .^_^
  • Elak guna nama sendiri, nama kekasih, no.hp, no.kad pengenalan dll yg mudah diteka sbg password sebab hacker ni akan berusaha gigih mengkombinasikan maklumat korang untuk mencari password
9. Kurangkan Maklumat Peribadi Di Facebook atau Blog. Sebab penggodam ni akan cuba "meneka" kata kunci berdasarkan maklumat yang dipaparkan. Seriously, cara ni antara yang berkesan jugalah sebab ada pengguna yang leka meletakkan maklumat diorang yang secara tidak sengaja mungkin terkandung dalam kata laluan..huhu. .

10. Hati-hati Dengan Web Pishing ! Waa Tracy. .apa itu web pishing aa?? hehe. .actually aku pun tak tahu sangat. .tapi tadi aku try search ,ada information pasal ni-->
Web Phishing ialah web yang akan memancing kita untuk memasukkan akaun Facebook(misalnya) tapi sebenarnya tanpa kita sedari link tersebut adalah palsu. .
Camna nak detect?? Korang kena perhatikan URL tu betul-betul. .sebab kebanyakan web pishing hampir sama dengan URL sebenar yg boleh buat kita tertipu. .
  Contoh la kan : Yg ori-> http://myspace.com Tapi Phishing->http://rnyspace.com 
Kedua-dua kat atas tu hampir sama kan? Biasalah kalau kita nak cepat silap-silap boleh terklik yg pishing tu. .lain kali kena perhatikan betul2. .kalau tak nampak zoom in je. .haha ! Nie laman web Facebook yg tepat->https://www.facebook.com/. .So,mulai saat nie kenalah berhati2 bab nie. .

11. Yg nie pula korang jangan abaikan-->Perisian Antivirus , Antihack dan lain2 tue harus selalu dikemaskini dalam PC korang yer. . ?

12. Cara nie juga korang leh pakai.

  • Cuba aktifkan fungsi https di akaun Facebook korang melalui setting Account Security di akaun Facebook.Caranya : Login Facebook korang > Account Settings > Klik "Security" > Klik "Secure browsing(https)" > Tick > Save
  • Login FB > Account Settings > Klik "Security" > Klik "Login Notifications" >Tick Email @ Text Message atau kedua-duanya. Fungsi ni akan memaklumkan kpd korang melalui emel / SMS setiap kali ada device yang login account FB korang
  • Login FB > Account Settings > Klik "Security" > Klik "Login Approvals" > Tick kotak tu.Pastu dia akan minta korang masukkan no.telefon bimbit kan? Korang masukkan je.Dia akan hantar satu kod ke no.hp yang korang masukkan tadi tu. Korang masukkan kod tadi tu kat kotak yang disediakan. Fungsi ni adalah bagi memastikan tiada sesiapa dapat masuk ke acc korang sesuka hati sebab kalau dia login guna computer / device lain (unrecognised), FB tu akan minta security code yang akan dihantar ke no.hp korang. .best kan?
  • ( cara ni akan berubah-ubah kalau Facebook tukar function dia..so korang pandai-pandai la ubah setting tu nanti & atur setting ikut step yang lebih kurang sebijik camni )
    13. Jangan klik sebarang link yg selalu datang kat Chatbox FB korang tu.
    Contoh: http://goo.gl/M3lNj <---Korang pernah kan nampak/terjumpa link camni(agak2 la) , bila korang klik dia akan terhantar kat semua kawan2 kat Facebook tu kan. .??itu la spam. .virus tu. .be aware ye. . .!

    13. Yang ni khas untuk blogger yang ada buat Facebook Fan Page , kalau perlulah kan , Elakkan Letak Page Owner di sidebar kiri Fan Page korang ye?? Sebagai langkah keselamatan je, kalau tetap nak letak nak letak boleh je. .=)

    Kat bawah nie Tracy nak kongsi  top password yg lemah & berisiko untuk di'hack :

    1. No.Kad Pengenalan
    2. Tarikh Lahir
    3. Tarikh Pernikahan
    4. Nombor Telefon Rumah atau Telefon Bimbit (HP)
    5. 123456789 , 123456 dll
    6. 111111, 000000 @ yg serupa dgnnya
    7. Perkataan "password"
    8. ILoveYou , IMissYou dll
    9. Nama123
    10. a12b3c4d
    11. Nama Sendiri
    12. abcde12345
    13. No.Flat Kereta & Motorsikal
    14. asdfg , qwerty , asdf dan seupamanya
    15. Menggunakan huruf kecil pada kesemua password
    16. Lain2 yg ringkas & tak bersimbol (rujuk no.8)

    ***So bagi korang yg mempunyai password sebijik cam di atas , korang tukar la password tu ek? Untuk keselamatan korang jugak kan??


    Seperti yang dikatakan sebelum ni. .cara di atas tak 100% bererti account korang dah selamat. .tapi cara ni hanya mengurangkan risiko aje yer?? Korang boleh la praktikkan dlm Facebook korang. .bukan saja dlm FB , blog juga sama jer. .lebih baik kita amalkan langkah berjaga2 ni dari sekarang. . .Chaauw !!




    LIKE sini kalau suka :)

    4 Orang Yang Rajin Menaip:

    SyaKi||3r said...

    uuu.. takut I.. seyiess.. thanks for the tips..

    Haruno Sakura said...

    jazakillah..tips yang sangat berguna..>_<

    Yumida said...

    nice tips...nk buat share n rujukan di sini
    done follow u...

    Anonymous said...

    tengsss . .

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...